Kerajaan Persekutuan dilaporkan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk pembinaan tembok penghadang di sempadan negeri Kelantan dengan Thailand.
Projek ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kawalan keselamatan sempadan dan menangani kegiatan penyeludupan serta risiko banjir di kawasan sempadan.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menyatakan perkara tersebut dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) manakala Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar telah melakukan lawatan di sempadan.
Menurut kenyataan rasmi, pembinaan tembok tersebut akan meliputi kawasan yang dikenal pasti berpunca daripada aktiviti rentas sempadan serta aliran air yang boleh menyebabkan bencana banjir di bahagian timur sempadan.
Inisiatif ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu antara agensi keselamatan dan pihak berkuasa tempatan untuk memperkukuh pertahanan sempadan serta mempertingkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan berdekatan.
Selain aspek keselamatan, projek ini juga akan mengambil kira impak banjir dan tanggungjawab kerajaan untuk melindungi harta dan nyawa rakyat.
Sebahagian kos juga akan digunakan untuk pengambilan tanah dan kerja-kerja tapak yang perlu dilaksanakan sebelum tembok dapat dibina.
Walaupun angka yang dilaporkan dalam sesetengah sumber sebelum ini mencecah ratusan juta ringgit untuk kos pengambilan tanah, peruntukan RM1.5 bilion mencerminkan komitmen kerajaan dalam melaksanakan projek sempadan yang strategik.