Pengumuman gencatan senjata yang dicapai antara Thailand dan Kemboja pada Isnin lalu disambut dengan kelegaan oleh rakyat kedua-dua negara, selepas berhari-hari terpaksa mencari perlindungan akibat pertempuran rentas sempadan yang semakin meruncing.
Namun harapan untuk melihat kedamaian yang berpanjangan tercalar apabila Thailand menuduh Kemboja ‘sengaja’ melanggar gencatan senjata hanya beberapa jam selepas ia berkuat kuasa.
Perjanjian damai yang dimeterai di Malaysia itu sepatutnya berkuat kuasa pada tengah malam Isnin, selepas kedua-dua negara menerima tekanan diplomatik dan ekonomi daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Pertempuran yang tercetus sejak Khamis lalu telah meragut sekurang-kurangnya 41 nyawa dan memaksa lebih 260,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.
Menurut tentera Thailand, beberapa serangan didakwa dilancarkan oleh Kemboja seawal pagi Selasa, namun tuduhan itu dinafikan oleh Kementerian Pertahanan Kemboja yang menegaskan bahawa pihaknya mematuhi sepenuhnya syarat gencatan senjata.
Susulan insiden itu, pemimpin tentera kedua-dua negara mengadakan pertemuan tergempar di sempadan dan bersetuju untuk menghentikan pergerakan anggota, mengekang sebarang provokasi serta menubuhkan pasukan penyelaras menjelang mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama di Kemboja pada 4 Ogos ini.
Keadaan di kawasan sempadan kini dilaporkan semakin reda, dengan sebahagian penduduk mula pulang ke kediaman masing-masing. Namun, suasana masih dibayangi kebimbangan kerana penduduk belum benar-benar yakin bahawa ketegangan tidak akan kembali berulang.
Persoalannya kini, sejauh mana komitmen kedua-dua pihak terhadap perjanjian damai ini?
Atau perjanjian dibuat sebenarnya untuk dilanggar?
Ketegangan sempadan Thailand-Kemboja adalah bukti bahawa pasaran global tidak pernah sunyi dari kejutan. Pedagang yang bersedia akan sentiasa mendahului. Sertai HUSTLE24HOUR hari ini untuk kuasai strategi ketika pasaran bergolak, dan bersedia hadapi apa jua senario ekonomi. Klik pautan untuk mula bersama H24H.