Adakah larangan ini satu perlindungan keselamatan atau penutupan pintu inovasi?
Satu arahan baru telah dikeluarkan oleh Donald Trump semalam telah menimbulkan pelbagai reaksi rakyat Amerika iaitu mengharamkan penubuhan mata wang digital bank pusat (CDBC) di Amerika Syarikat.
Menyifatkan CDBC sebagai satu ancaman kepada kestabilan kewangan, privasi individu dan kedaulatan negara, Trump dengan tegasnya berkata beliau tidak akan membenarkan pegawai tidak dipilih untuk mengawal dompet rakyat sesuka hati.
CBDC, atau “dolar digital,” sebelum ini disokong oleh pentadbiran Joe Biden sebagai cara membantu golongan tanpa akaun bank dan membanteras jenayah kewangan.
Namun, pengkritik termasuk ramai Republikan Kongres menyifatkannya sebagai ancaman kepada privasi rakyat dan risiko kepada sistem perbankan swasta.
Pengerusi Fed, Jerome Powell, pernah menyatakan bahawa tiada rancangan untuk mengeluarkan CBDC dalam masa terdekat.
Namun, larangan tegasTrump ini, memberikan satu mesej yang jelas – dolar digital TIDAK AKAN PERNAH menjadi kenyataan di bawah pemerintahannya!