TikTok mungkin bakal beralih tangan ke Elon Musk jika ByteDance gagal mengekalkan operasinya di Amerika Syarikat (AS) susulan larangan oleh kerajaan AS.
Menurut Bloomberg, China dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah menjual operasi TikTok di AS, dengan potensi penggabungan bersama platform X (Twitter).
Hubungan erat Musk dengan pegawai China melalui Tesla meletakkannya sebagai calon pilihan, malah ByteDance memandang beliau sebagai tokoh usahawan yang strategik.
Namun, Beijing yang memegang “golden share” dalam ByteDance perlu meluluskan penjualan algoritma cadangan TikTok.
Peraturan eksport yang ketat juga memperkukuh kawalan mereka terhadap masa depan aplikasi tersebut.
Dalam pada itu, Trump pula berlumba dengan masa untuk menangguhkan larangan TikTok yang dijadualkan bermula 19 Januari, membuka ruang rundingan saat akhir dengan harapan mengekalkan aplikasi itu di AS.
Dengan nilai TikTok AS dianggarkan antara $40 bilion hingga $50 bilion, persoalan yang timbul adalah bagaimana Musk akan membiayai pembelian ini sementara hutang Twitter yang bernilai $44 bilion masih menghantui?