Selepas Moody’s menurunkan gred kredit Amerika Syarikat (AS) daripada AAA ke AA1, pasaran negara tersebut terus bergoncang.
Saham gergasi seperti Tesla dan Apple jatuh, dolar tergelincir, dan kos pinjaman melonjak.
Namun anehnya, Presiden Donald Trump masih menyifatkan ekonomi negara itu sebagai ‘paling hebat di dunia.’
Ironinya, sambil Moody’s memberi amaran tentang beban hutang $36 trilion, Trump pula sedang menolak “Big, Beautiful Bill” yang bakal menambah lagi $3 trilion hutang baru termasuk pelanjutan potongan cukai 2017.
Jurucakap White House menegaskan bahawa tindakan Trump tersebut adalah didorong oleh keyakinan dunia dan menerima banyak pelaburan masuk mencerminkan ekonomi yang kukuh dan dinamik.
Trump juga dilaporkan menolak penilaian Moody’s secara terang-terangan, mengatakan agensi tersebut “tidak melihat kepada prestasi sebenar di lapangan”, dan menyalahkan pentadbiran Biden atas peningkatan defisit.
Namun, ahli ekonomi sudah mula tidak senang duduk dengan keputusan Trump kerana bimbang hutang negara akan melonjak ke 134% daripada KDNK menjelang 2035, sesuatu yang boleh merencatkan kedudukan fiskal AS dalam jangka panjang.
Pasaran kekal gelisah. Ramai pelabur beralih kepada aset selamat seperti bon kerajaan negara lain dan emas, sementara keyakinan terhadap arah ekonomi AS mula goyah.
Pelabur mula angkat kaki. Tapi Trump masih percaya beliau ‘ada plan’.
Adakah ini keberanian seorang ‘deal maker’ atau permulaan kepada kegagalan fiskal paling besar dalam sejarah Amerika?
Adakah ini masa depan ekonomi yang anda mahu bergantung sepenuhnya?
Bila kuasa besar pun bergoncang, inilah masanya anda cipta pelan sendiri.Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!