Trump kembali dengan tindakan agresif – kali ini, 435 rakyat Malaysia bakal dihantar pulang dalam operasi pengusiran besar-besaran.
Tetapi, di mana suara Malaysia?
Seramai 435 rakyat Malaysia menerima notis akhir penghantaran pulang daripada US Immigration and Customs Enforcement (ICE), menjadikan mereka ‘penghuni haram’ yang hanya menunggu masa untuk diusir dari Amerika.”
Menurut data ICE, lebih 1.4 juta bukan warganegara AS kini dalam senarai penghantaran pulang, dengan Malaysia termasuk dalam kategori pertengahan negara yang terjejas.
Operasi itu memerlukan kerjasama kerajaan asal untuk mengesahkan kewarganegaraan serta mengeluarkan dokumen perjalanan sebelum individu terbabit boleh dihantar pulang.
Jika gagal bertindak, rakyat negara tersebut mungkin akan terus tersekat tanpa status yang jelas di AS.
Setakat ini, Putrajaya masih membisu. Adakah kerajaan akan segera bertindak, atau sekadar menjadi pemerhati untuk menjaga hati Trump?