Februari lalu, Trump dengan tegas berjanji akan mengenakan cukai 25% ke atas import automotif dari Kanada dan Mexico menjelang 2 April.
Namun, laporan terbaru mendakwa Trump mungkin menarik diri – sekali lagi.
Gergasi industri memberi amaran langkah ini boleh melonjakkan harga kereta dan melumpuhkan rantaian bekalan, dengan anggaran kenaikan sehingga RM56,000 bagi SUV dan trak mewah.
Jadi, apa pula rancangan ‘backup’ yang seterusnya?
Daripada mengenakan tarif menyeluruh, Trump kini mempertimbangkan “cukai timbal balik” terhadap negara tertentu untuk memastikan keseimbangan perdagangan.
Namun, dengan industri automotif yang sudah pun goyah, sekadar mengugut tarif mungkin sudah cukup untuk menyebabkan kerosakan.
Adakah ini strategi politik semata-mata, atau Trump bakal berpaling tadah di saat akhir?