Donald Trump sekali lagi membuat gempar dengan mencadangkan untuk memberi 20% daripada “penjimatan” DOGE kepada rakyat Amerika dalam bentuk pembayaran tunai, sementara 20% lagi dikatakan akan digunakan untuk mengurangkan hutang negara.
Cadangan itu dikatakan datang sendiri daripada mulut Elon Musk, berpotensi menyalurkan tunai secara langsung ke poket rakyat seakan ‘dividen negara’ atau pulangan cukai versi Trump.
Dalam satu acara di Miami Beach yang turut dihadiri oleh Musk serta pegawai tertinggi White House, Trump mendakwa penjimatan bernilai berbilion itu wajar dikembalikan kepada rakyat.
Tapi, boleh percaya ke?
Sehingga kini, tuntutan penjimatan DOGE masih penuh tanda tanya.
Agensi Musk pernah mendakwa telah mendapatkan semula $8 bilion, tetapi pemeriksaan lanjut mendapati angka sebenar hanyalah $8 juta.
Malah, Trump sendiri masih berteka-teki ke mana perginya baki 60% “penjimatan” DOGE.
Jadi, adakah ini bantuan kewangan sebenar atau sekadar janji kosong untuk menarik perhatian?