Presiden Donald Trump menyatakan bahawa perubahan besar akan berlaku dalam bank pusat berkuasa di dunia, Federal Reserve (Fed) dan mereka telah pun melaksanakannya.
Pada minggu lalu, Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent berkata pentadbiran Trump berniat untuk menggoncang struktur dan dasar Fed, sama seperti yang beliau lakukan ke atas agensi-agensi lain dalam kerajaan.
Perubahan bank pusat tersebut akan dipercepatkan sebaik sahaja Pengerusi Jerome Powell berundur pada penghujung penggalnya pada Mei 2026.
Antara perubahan yang dirancang termasuklah penyemakan semula peraturan ke atas bank-bank terbesar AS dan pengubahsuaian struktur tenaga kerja Fed yang kini melibatkan puluhan ribu kakitangan di seluruh negara.
Pada Jun lepas, Presiden Donald Trump mula melakar pengaruhnya dalam penggal kedua dengan melantik Michelle Bowman sebagai Naib Pengerusi Peraturan Perbankan dalam Lembaga Gabenor Federal Reserve.
Beliau telah menjadi ahli lembaga sejak 2018, kini memainkan peranan penting dalam mengawal selia sektor kewangan AS.
Sementara itu, Federal Reserve telah memulakan langkah pengurangan tenaga kerja.
Pengerusi Fed, Jerome Powell, mengedarkan memo kepada kira-kira 24,000 kakitangan, mengumumkan rancangan mengurangkan 10% tenaga kerja dalam beberapa tahun akan datang.
Pengurangan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kecekapan.
Sebahagian besar kakitangan Fed bekerja di bank-bank serantau seluruh AS, manakala kira-kira 3,000 orang berpangkalan di Washington.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.