Presiden Amerika, Donald Trump telah menandatangani satu perintah eksekutif baharu untuk mengubah industri kesihatan Amerika Syarikat dengan memaksa hospital dan syarikat insurans untuk mendedahkan harga sebenar dan bukan sekadar anggaran samar bagi setiap peruntukan yang akan mereka peruntukkan.
Langkah ini dibuat untuk mengukuhkan peraturan ketelusan yang diperkenalkan pada 2019 namun, setakat ini, hanya 14% hospital ikut peraturan tersebut.
Kali ini, Trump tak main-main – agensi persekutuan diarahkan untuk bertindak keras!
Peraturan ini dikeluarkan setelah aktivis kesihatan Cynthia Fisher mempersoalkan mengapa pesakit perlu membayar $3,000 untuk MRI sedangkan ia boleh didapati pada harga $300.
Namun, syarikat insurans dan hospital mendakwa dasar ini boleh menyebabkan kos semakin meningkat.
Pesakit bakal menang besar atau hospital akan berdepan tentangan Trump?