Pengumuman pelaksanaan tarif oleh Presiden Donald Trump telah mengundang pelbagai reaksi dari syarikat-syarikat di industri yang berbeza dengan kebanyakannya terpaksa yang menekan brek kecemasan untuk memberhentikan semua perkhidmatan mereka yang meningkat dari segi kos.
Terbaharu berita datang dari syarikat teknologi terkenal, Microsoft terpaksa menghentikan serta-merta projek pusat data bernilai $1 bilion di Ohio- langkah yang dipercayai berpunca daripada pengumuman tarif import setinggi 34% pada 2 April lalu.
Projek yang sepatutnya bermula pada bulan Julai ini dijangka menjana ratusan pekerjaan, namun kini hanya tinggal janji dan harapan.
Tarif baharu ke atas peralatan dari China, Taiwan dan Korea Selatan dijangka melonjakkan kos pembinaan, memberi tekanan kepada bajet gergasi teknologi seperti Microsoft, Amazon, dan Alphabet.
Microsoft sendiri sudah membatalkan projek pusat data yang bakal menggunakan 2 gigawatt elektrik dalam beberapa bulan terakhir, dan kini langkah berhati-hati semakin jelas – kurang binaan, lebih fikir kos.
Walaupun tapak projek dibatalkan, Microsoft tetap berjanji untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur yang diperlukan dan menyerahkan tanah untuk tujuan pertanian.
Dalam dunia yang semakin bergantung pada AI, keputusan ini bukan sekadar tentang perniagaan. Adakah tarif Trump sedang sabotaj masa depan teknologi AS?