Setiap kali nak dekat tarikh penguatkuasaan tarif, Trump mesti tekan brake – kejap brake kaki, kejap tarik brake tangan, kejap reverse terus. Kalau brake tu boleh bercakap, mesti member pun dah maki berbakul-bakul.
Hanya beberapa hari sebelum tarif 25% ke atas sektor automotif dan alat gantinya dikuatkuasakan, Trump tiba-tiba umum pelepasan sementara kepada pembuat kereta.
Mungkin baru nampak tangisan syahdu pembuat kereta akibat dasar perdagangannya yang bercelaru jadi beliau membuat langkah tersebut yang dilihat sebagai sebagai usaha ‘damage control’.
Dalam langkah tersebut juga, pentadbiran Trump juga dikhabarkan akan membayar balik sebahagian tarif secara retroaktif dan menawarkan kelonggaran sementara, tepat pada masanya menjelang perhimpunan hari ke-100 pentadbirannya di Detroit.
Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick, menyifatkan pelarasan ini sebagai “ganjaran” untuk pembuat kereta tempatan, tapi pengkritik menyebutnya sebagai plaster untuk luka yang Trump sendiri ciptakan.
Polisi baharu ini mungkin jimatkan sehingga $1,125 (sekitar RM5,300) setiap kereta pada tahun pertama tapi hanya untuk mereka yang mampu bertahan menunggu.
Selamat datang era baharu automotif di mana kenderaan bukan lagi sekadar alat pengangkutan malah menjadi medan percaturan dasar, di mana keputusan politik menentukan sama ada sesebuah kereta boleh bergerak, atau perlu brek di sempadan birokrasi.
Ramai yang ikut perkembangan isu tarif, tapi abaikan peluang untuk buat duit. Betul, ada orang di luar sana yang manfaatkan isu ini untuk jana untung. Seperti ahli dalam komuniti HUSTLE24HOUR, isu-isu terbaru dalam pasaran dilihat sebagai satu peluang. Jika anda nak dibimbing untuk kenal pasti peluang dalam pasaran, sertai HUSTLE24HOUR sekarang! KLIK LINK UNTUK SERTAI H24H!