Pasaran mata wang kripto catat peningkatan pada hari Ahad selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pelancaran rizab kripto strategik Amerika Syarikat yang melibatkan Bitcoin, Ethereum, XRP, Solana dan Cardano.
Presiden AS itu berkata Rizab Kripto AS akan meningkatkan industri digital ini selepas bertahun-tahun menjadi sekatan akibat rasuah oleh pentadbiran Joe Biden dan beliau melaksanakan Perintah Eksekutif mengenai aset digital.
Katanya lagi, Bitcoin dan Ethereum bakal memimpin mata wang kripto lain yang berharga di tengah-tengah penciptaan rizab strategik tersebut.
Semasa pengumuman tersebut, token XRP melonjak 33%, Solana meningkat 25% dan Cardano pula naik melebihi 60%.
Bitcoin meningkat 10% kepada $94.343.82 selepas merosot ke paras terendah tiga bulan di bawah $80,000 manakala Ethereum yang mengalami kerugian terbesar dalam kripto setakat ini telah meraih 13% kenaikan.
Trump menganjurkan Sidang Kemuncak Kripto White House buat pertama kalinya pada hari Jumaat dan pelabur akan memerhati dengan teliti untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk tentang hala tuju rancangan rizab tersebut.
Rancangan tersebut merupakan kali pertama Donald Trump membuktikan sokongannya ke atas pasaran kripto.