Dolar A.S. mencatatkan kejatuhan terbesar sejak Ogos, sehari sebelum mesyuarat penting FOMC, berdasarkan analisis UBS. Indeks dolar AS yang sebelum ini stabil selama tiga bulan akhirnya merosot tajam, mencerminkan tekanan berterusan terhadap mata wang A.S.
UBS menjangkakan kelemahan dolar AS akan berlarutan sehingga hujung 2025. EUR/USD pula melonjak melepasi paras tertinggi Julai, dengan sasaran jangka pendek di 1.2000 dan sasaran akhir tahun di 1.2300, menandakan momentum pengukuhan euro terhadap dolar AS.
Mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis waktu Malaysia yang dilihat sebagai titik perubahan penting, dengan pasaran luas menjangkakan pemotongan kadar faedah pertama tahun ini. Tekanan datang daripada desakan untuk pelonggaran dasar monetari yang lebih agresif bagi menyokong ekonomi.
Sokongan terhadap jangkaan pengurangan kadar turut diperkukuh dengan data pasaran buruh yang lemah. Pergerakan kukuh dalam pasaran bon, melibatkan hasil jangka pendek dan panjang, menandakan keyakinan bahawa Rizab Persekutuan perlu bertindak lebih pantas.