Mata wang USD didagangkan dalam julat berhati-hati sejak minggu dibuka selepas mesyuarat FOMC lepas yang menetapkan keputusan pemotongan kadar faedah oleh Fed dan keluaran data-data penting dalam masa terdekat.
Pada jam 9.55 pagi, Indeks Dolar AS (DXY) yang menjadi ukuran dolar AS kini berada pada paras 98.285 mata iaitu naik 0.03% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Sementara itu, pasaran kewangan juga kini sedang menantikan jangkaan pemotongan kadar 25 mata asas oleh Bank of England (BoE) yang dijadualkan berlangsung pada malam Khamis. Sebarang perubahan semesti akan mencetuskan aliran buat pasangan GBP/USD dan potensi dovish seterusnya pada 2026.
Sepanjang minggu ini, beberapa data ekonomi utama bakal menjadi tumpuan pelabur, khususnya laporan pekerjaan ADP, Non-Farm Payrolls (NFP), kadar pengangguran, data jualan runcit, PMI, serta tolok inflasi Fed melalui Indeks Harga Pengguna (CPI).
Setiap data yang diterbitkan dijangka memberi petunjuk lebih jelas terhadap hala tuju pergerakan dolar AS menjelang penghujung tahun.
























































