Mata wang dolar AS kini menjadi tumpuan pasaran di tengah-tengah jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) yang semakin meningkat.
Beberapa pegawai Fed kini semakin kuat menyampaikan isyarat dovish dan pemain pasaran mula mengesyaki bahawa kadar bank pusat AS mungkin diturunkan pada mesyuarat Disember.
Pada jam 9.50 pagi, Indeks Dolar AS (DXY) berada pada paras 99.428 mata iaitu turun 0.14% sejak ia dibuka pada awal dagangan sesi Asia.
Data AS mendedahkan bahawa bilangan rakyat Amerika yang memfailkan faedah pengangguran menurun berbanding minggu sebelumnya, ia memaparkan kejatuhan angka kepada 216,000 berbanding jangkaan 226,000 dan Pesanan Barangan Tahan Lama untuk September mendahului jangkaan namun merosot 0.01% berbanding cetakan Ogos.
Keluaran data yang baru diterbitkan semalam nampaknya kurang memberi kesan ketara ke atas keputusan dasar monetari oleh Fed menjelang mesyuarat kadar Disember ini.
Tumpuan sejak minggu dibuka lebih tertumpu pada kenyataan Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari berkata bahawa orang ramai masih terkesan dengan tekanan inflasi, sekali gus mengulangi pendirian hawkishnya di tengah perpecahan pandangan dalam Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
























































