Baru-baru ini, kenyataan kontroversi oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang mendakwa gaji asas RM16,000 sebulan “tak cukup untuk hidup” telah mencetuskan ribut di media sosial.
Ramai menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak sensitif, terutama apabila ramai di luar sana bergelut dengan kos sara hidup yang makin menjerut leher – bukan setakat isi minyak, nak buka air paip pun terpaksa tengok baki akaun dulu.
Wong Chen berhujah bahawa gaji MP hanyalah “cukup-cukup makan” kerana terpaksa menanggung kos politik, termasuk staf.
Namun tindakan membuat kenyataan tersebut memang satu silap yang apabila rakyat sendiri turun padang bertukar menjadi detektif profesional menunjukkan jumlah sebenar pendapatan MP yang boleh mencecah RM25,700 sebulan, termasuk elaun minyak, tol, telefon, pemandu, dan RM400 sehari untuk kehadiran Parlimen.
Belum netizen menutup ‘pembicaraan’ isu tersebut, tiba-tiba kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pula pembelian 15 buah Toyota Camry baharu untuk barisan EXCO.
Kos keseluruhan? RM3.3 juta dengan alasan kereta barisan EXCOnya telah lama dah lebih lima tahun.
Jadi mungkinkah rakyat Pulau Pinang menukar kereta mereka setiap minggu?
Sehingga ada yang mula membuat perbandingan dengan doktor pakar kerajaan – mereka yang bekerja 36 jam on-call, selamatkan nyawa setiap hari namun gaji mereka tak sampai pun gaji asas seorang MP.
Mungkin Wong Chen tidak berniat menyinggung, tapi bila kenyataan seperti itu keluar pada waktu rakyat sedang mengikat perut, ia jelas menunjukkan betapa jauhnya jarak antara dua dunia — dunia seorang rakyat biasa dan dunia seorang ahli parlimen yang gah.
Rakyat komen gaji kecil, dapat inflasi. Menteri komen gaji kecil, dapat Camry.
Ramai rakyat masih tercari-cari cara nak keluar dari tekanan kos sara hidup yang makin menggila — sementara sesetengah MP minta naik gaji, anda boleh naikkan skill dan pendapatan sendiri. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!