Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan untuk melanjutkan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) kepada pelancong China selama lima tahun demi merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Lanjutan PLV dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) semasa lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia melibatkan pelbagai kerjasama strategik.
Perjanjian pengecualian visa bagi pemegang pasport urusan awam ditandatangani oleh Saifuddin dan Menteri Luar China Wang Yi.
PLV bertujuan meningkatkan pendapatan negara melalui penambahbaikan kemudahan imigresen sedia ada bagi memudahkan kemasukan pelancong ke Malaysia khususnya dari Asia Tenggara, Eropah, Timur Tengah dan Asia Barat.
Saifuddin Nasution memaklumkan PLV berupaya melonjakkan kemasukan pelancong dari China untuk menjana keseimbangan ekonomi negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, pelancong China yang datang melancong ke Malaysia telah membelanjakan RM7,000 untuk meneroka seluruh negara.
Pada bulan April, angka kemasukan rakyat China ke Malaysia merekodkan hampir 900,000 jumlah pelancong berbanding empat juta tahun lalu.