Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih rendah apabila pelabur berwaspada menjelang ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pada persidangan Jackson Hole hari ini.
Tumpuan terarah kepada simposium tahunan Jackson Hole, di mana Powell dijadual berucap pada jam 10 malam waktu Malaysia (MYT) bagi memberi petunjuk mengenai hala tuju kadar kaedah.
Para peniaga akan meneliti ucapannya untuk mendapatkan isyarat sama ada Fed akan memotong kadar faedah pada September susulan kelemahan pasaran pekerjaan kebelakangan ini.
Menurut data LSEG, jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah 25 mata asas pada September berkurang daripada 99.9% kepada 79% minggu lalu.
Purata indeks Dow Jones jatuh 0.34% kepada 152.81 mata, S&P 500 menyusut 0.40% kepada 25.61 mata, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi merudum 0.34% kepada 72.54 mata.
Dalam perkembangan lain, laporan PMI turut menunjukkan aktiviti perniagaan meningkat pada Ogos, manakala jualan rumah sedia ada AS bagi Julai menaik secara tidak dijangka.
Data bercampur ini juga mencerminkan cabaran yang kompleks kepada bank pusat Fed menjelang mesyuarat dasar pada bulan hadapan.
Sementara itu, saham peruncit merosot 4.5% dengan perhatian tertumpu kepada laporan pendapatan peruncit seperti Target Corporation dan Home Depot Inc minggu ini ketika pelabur menilai kesan tarif AS terhadap perbelanjaan pengguna.
Jumlah dagangan di bursa AS merekodkan $12.28 bilion berbanding purata $17.08 bilion selama 20 hari dagangan penuh.