Saham Wall Street Amerika Syarikat (AS) mengalami peningkatan positif selepas kenaikan tiga hari berturut-turut.
Ketiga-tiga indeks melonjak didorong oleh perjanjian perdagangan baharu antara AS-United Kingdom (UK) untuk mengurangkan tarif ke atas barangan AS.
Indeks S&P 500 menaik 0.62%, Dow Jones menokok 0.58% manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi mencanak 1.07%.
Perdana Menteri Britain Keir Starmer, bersetuju menurunkan tarifnya kepada 1.8% dan menyediakan akses lebih besar kepada barangan AS sebagai sebahagian perjanjian dengan Presiden AS Donald Trump.
Sementara itu, tarif 10% yang dikenakan ke atas barangan yang diimport dari UK kekal dilaksanakan. Manakala, import keluli dan aluminium ke AS pula akan dikecualikan daripada levi 25% Trump.
Pertumbuhan indeks utama didukung kemajuan rundingan berbaik semula antara Republik China dan AS bakal dijalankan di Switzerland hujung minggu ini.
Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer mengadakan pertemuan dengan pegawai ekonomi tertinggi China untuk membincangkan isu dagangan AS-China.
Namun demikian, Trump memberi isyarat bahawa perbincangan dengan China akan menjadi lebih besar daripada yang difikirkan pada masa ini.
Situasi perkembangan itu turut disokong Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis kelmarin, mengumumkan kadar faedah yang stabil dan memberikan amaran awal berkenaan risiko inflasi dan pengangguran lebih tinggi.
Pelabur kekal bimbang menantikan rundingan dua kuasa besar iaitu Washington dan Beijing akhir minggu ini.
Secara ringkas, jumlah dagangan bursa AS mencatatkan $16.85 bilion berbanding purata $16.86 bilion selama 20 hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!