Presiden Donald Trump mengumumkan hasratnya untuk menghantar tentera National Guard ke bandar Chicago bagi menangani krisis jenayah, walaupun enggan memberi tarikh pelaksanaan dan tanpa sokongan rasmi pihak negeri.
Tindakan untuk menempatkan tentera di bandar ketiga terbesar di Amerika itu dikatakan menjadi tanggungjawab beliau dalam menjaga keselamatan awam selain memetik insiden tembakan pada hujung minggu Labor Day yang menyebabkan ramai cedera dan terbunuh.
Trump berkata, “We’re going in. I didn’t say when, but we’re going in”.
Pengumuman ini mencetuskan tindak balas segera daripada pegawai tempatan di mana Datuk Bandar Chicago Brandon Johnson menyelar tindakan tersebut sebagai “stunt publisiti”, hanya sebagai isu politik dan tidak mencerminkan keadaan sebenar.
Sementara, Gabenor Illinois J.B. Pritzker pula mengatakan bahawa agensi persekutuan seperti ICE telah mula mengumpul kenderaan ketenteraan dan petugas bagi persiapan awal.
Isu ini dipercayai akan mencetuskan pertikaian undang-undang, terutamanya berkait kuasa eksekutif dan had penggunaan tentera dalam urusan dalaman negara.
Sebagai perbandingan, mahkamah telah menghalang tindakan serupa di California, dengan alasan pelanggaran Posse Comitatus Act, membuka kemungkinan agar pelantikan tentera kepada Chicago juga akan terbentur sekatan undang-undang.