Aktiviti transaksi besar Bitcoin meningkat ke tahap tertinggi tahun ini, dengan lebih 29,000 transaksi melebihi $1 juta direkodkan, sekali gus menandakan minggu paling aktif bagi whale pada 2025. Lonjakan ini berlaku ketika harga BTC jatuh ke sekitar $91,700, menguji sokongan kritikal dan mencetuskan perdebatan mengenai sama ada pasaran sedang memasuki fasa goyah yang terakhir sebelum pemulihan.
Data daripada Santiment menunjukkan perubahan aliran whale daripada jualan kepada pengumpulan, termasuk pembelian besar seperti 1,300 BTC oleh pembeli institusi. Kumpulan pemegang jangka panjang turut membeli lebih 186,000 BTC sejak awal Oktober, satu lonjakan pengumpulan yang jarang dilihat dalam beberapa kitaran sebelum ini.
Walaupun trend pengumpulan biasanya disertai kenaikan harga, namun pada kali ini sedikit berbeza dengan harga BTC terus merosot, iaitu dengan penurunan hampir 28% daripada paras tertinggi sepanjang masa. Keadaan ini menimbulkan perbezaan ketara antara data on-chain dan pergerakan harga, sekali gus mengelirukan pengamat pasaran.
Sesetengah penganalisis percaya pengumpulan besar ini menyediakan asas untuk lonjakan seterusnya apabila tekanan jualan runcit reda. Namun disisi lain, segelintir kumpulan lain memberi amaran tentang potensi kejatuhan lanjut jika paras sokongan teknikal gagal, termasuk EMA 21 bulan yang penting dalam sejarah pasaran bull.
Sentimen pasaran kekal negatif, disokong tekanan dalam pasaran niaga hadapan dan bacaan sentimen. Penganalisis berpendapat bahawa tanpa pemangkin makro atau teknikal yang positif, pemulihan pantas mungkin sukar berlaku meskipun terdapat pengumpulan whale yang besar.





















































