Pasaran logam kuning mencatatkan kenaikan sederhana menuju $3,700 selepas merekodkan penyusutan harga pada hujung minggu lepas. Sokongan tersebut naik lebih tinggi apabila Federal Reserve (Fed) mengurangkan kadar faedah pada mesyuarat Septembernya menepati ramalan.
Pemain pasaran akan terus menilai petunjuk ucapan daripada pegawai-pegawai Fed minggu ini.
Pada jam 9.10 pagi, harga emas berada pada paras $3,694 iaitu naik 0.24% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Fed telah melonggarkan dasarnya sebanyak 25 mata asas yang merupakan pemotongan kadar pertama pada 2025, disokong oleh laporan buruh yang semakin lemah dan kebimbangan tekanan tinggi inflasi Amerika Syarikat.
Kadar faedah yang lebih lemah akan terus menyokongan sokongan belian emas berikutan kos peluang pemegang lebih rendah.
Pengerusi Fed, Jerome Powell berkata pemotongan kadar tersebut adalah bagi mengawal risiko pasaran dan menyatakan bahawa keputusan masa depan akan ditentukan pada mesyuarat seterusnya.
Sementara itu, konflik geopolitik terus menjadi tumpuan selepas berita mengenai Rusia melakukan serangan drone dan peluru berpandu di seluruh negara pada hujung minggu walaupun rundingan gencatan senjata sedang berlangsung.
Ketegangan konflik perang di Timur Tengah dan Eropah Timur boleh meningkatkan aset selamat tradisional seperti emas.