Harga emas memulihkan semula kedudukan menghampiri $4,100 menamatkan rentak penurunan dua hari berturut-turut pada hujung minggu lepas apabila mata wang dolar AS meningkat lebih tinggi.
Menjelang minggu ini, pemain pasaran akan mengambil lebih banyak petunjuk daripada beberapa pegawai Fed iaitu John Williams, Philip Jefferson, Neel Kashkari dan Christopher Waller.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $4,096 iaitu naik 0.31% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Sentimen pasaran bertambah baik selepas kerajaan AS dibuka semula dan menjejaskan aset selamat emas. Presiden AS Donald Trump menandatangani rang undang-undang pembiayaan pada minggu lepas, menamatkan rekod paling lama dalam sejarah yang berlangsung selama 43 hari.
Walau bagaimanapun, para pelabur masih bergelut dengan ketidakpastian mengenai data-data ekonomi yang tertangguh lama. Penganalisis percaya data ekonomi AS akan memaparkan kelemahan dalam pasaran pekerjaan dan potensi kelembapan.
Jangkaan itu mampu menekan aliran mata wang dolar AS dan mempertahankan arus tinggi buat emas.
Selain itu, sokongan emas kekal terhad berikutan kenyataan ‘hawkish’ daripada pegawai Fed yang meredupkan harapan pemotongan kadar faedah pada Disember.
Presiden Fed Kansas City, Jeffery Schmid berkata pada Jumaat lepas bahawa dasar monetari harus bergantung pada pertumbuhan ekonomi dan beliau menunjukkan isyarat neutral.
Pasaran kewangan kini menetapkan harga dalam kemungkinan hampir 54% bahawa Fed akan mengurangkan penanda aras kadar pinjaman semalaman sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat Disember.

















































