Emas terus melanjutkan kenaikannya sejak dagangan Isnin apabila mata wang dolar AS mencetakkan kerugian disebabkan ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan dan kesihatan fiskal Amerika Syarikat selepas penurunan taraf hutang AS Moody’s pada hujung minggu lepas.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,293.41 iaitu naik 0.12% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Permintaan emas juga raih sokongan apabila pasaran saham Amerika Syarikat bertukar ‘kemerahan’ berikutan laporan Moody’s terkini berkenaan hutang kerajaan AS daripada AAA kepada AA1, mengukuhkan pendirian negatif, menjejaskan pelabur dan lagi membawa kepada peningkatan emas.
Selain itu, nada pegawai Fed kekal berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC akan datang dan tiada seorang pun daripada mereka membuka cadangan untuk melonggarkan dasarnya di tengah-tengah kelembapan ekonomi yang berterusan di Amerika Syarikat.
Pada Isnin, Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic berkata beliau lebih cenderung untuk mereka melakukan hanya satu permotongan pada 2025.
Selain itu, geopolitik juga memainkan peranan dalam menetapkan harga aset selamat emas lebih tinggi kerana kegagalan untuk mencapai gencatan senjata antara Rusia-Ukraine dan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah boleh menyebabkan pelabur cenderung kepada logam kuning.
Minggu ini, peniaga akan melihat ucapan Fed, PMI Flash, data perumahan dan Tuntutan Pengangguran Awal.
Emas jadi aset pilihan pelabur dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran. Kalau anda nak pelajari cara baca trend emas dengan lebih yakin, program HUSTLE24HOUR sesuai untuk anda sertai. Untuk bersama ahli komuniti lain yang ‘awesome’, KLIK LINK INI UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR