Walaupun undang-undang baharu yang mewajibkan klinik memaparkan harga sebenar dari ubat hingga ke caj perkhidmatan dilihat sebagai langkah telus oleh kerajaan, hakikatnya ia ibarat mencurah air ke api yang sedang marak.
Ramai pengamal perubatan menegaskan implikasi daripada peraturan tersebut yang bakal melonjakkan lagi kos rawatan sehingga 30%, sekali gus mencetuskan kebimbangan.
Caj yang dahulunya digabungkan seperti konsultasi, rawatan dan ubat, kini perlu dipaparkan secara terperinci, termasuk kos operasi yang sebelum ini tidak kelihatan.
Akibatnya? Pesakitlah yang bakal menanggung perbezaannya.
Menurut Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), yuran konsultasi sahaja dijangka meningkat RM10 hingga RM30 dan menyifatkan perubahan ini sebagai gangguan besar terhadap sistem bil sedia ada yang sudah sekian lama diguna pakai.
Walaupun hampir 200 doktor am telah berkumpul di hadapan Pejabat Perdana Menteri untuk membantah, kerajaan masih bertegas mahu meneruskan pelaksanaan undang-undang ini — yang lebih sesuai untuk peniaga runcit, bukan klinik.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pula memberi amaran tentang risiko pertindihan penguatkuasaan dengan dua undang-undang berlainan yang boleh menyebabkan kekeliruan, bukan hanya kepada klinik, malah kepada pesakit juga.
Telus? Mungkin.
Tapi bagi ramai pesakit, ini bukan soal harga didedahkan tapi harga yang makin menggila.
Penjagaan kesihatan makin mahal, poket makin perit — ini masa untuk cari jalan tambah pendapatan. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!