Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, baru-baru ini berkongsi pandangannya mengenai potensi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang, Donald Trump, untuk membantu menamatkan konflik berterusan antara Russia dan Ukraine.
Dalam satu temu bual, Zelensky menggambarkan Trump sebagai seorang yang ‘sukar diramal’ tetapi tetap positif dalam mempercayai bahawa pendekatannya mungkin menjadi kunci kepada keamanan.
Trump sebelum ini mendakwa bahawa beliau mampu menamatkan perang diantara Rusia dan Ukaraine hanya dalam tempoh 24 jam selepas dirinya memegang jawatan sebagai presiden AS.
Namun kebimbangan tetap menghantui Zelensky mengenai kos yang mungkin dijadikan pampasan buat sebuah keamanan adalah Ukraine.
Dalam perkembangan peperangan tersebut, Zelensky telah menyokong cadangan Perancis mengenai pasukan pengaman, sambil menggesa campur tangan NATO untuk penyelesaian yang kekal.
Sementara itu, tentera Ukraine terus keletihan selepas Russia berjaya menawan hampir 4,000 kilometer persegi tahun lalu.
Zelensky kini berhadapan dengan dilema yang besar dalam memilih di antara satu diplomasi yang aman atau meneruskan pertahanan yang berdarah.