Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Bitcoin berpotensi untuk lonjakan besar, terutama jika ‘big print’ daripada pembuat dasar benar-benar berlaku.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin kini berada di paras $67,983 iaitu menurun 0.05% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Bagi ramai pelabur, ini bukan sekadar spekulasi tetapi ia tentang bagaimana faktor global boleh mencorakkan masa depan aset digital terbesar dunia.
Menurut John Haar, pengarah urusan Swan Private, dalam temu bual bersama Milk Road, dunia sudah menyaksikan beberapa cetakan wang besar dalam hidup kita.
Yang terbaru berlaku semasa pandemik COVID-19, ketika ramai mula melihat Bitcoin sebagai perlindungan terhadap inflasi dan ketidakstabilan ekonomi.
Haar percaya bahawa cetakan wang besar seterusnya hanya tinggal menunggu masa.
Apa yang boleh mencetuskan ‘big print’? Haar menyenaraikan beberapa faktor utama.
Antaranya, perang besar atau mobilisasi ketenteraan yang serius. Tetapi bukan semua konflik semasa dianggap cukup untuk mencetuskan lonjakan ini, melainkan ia benar-benar melibatkan krisis besar.
Selain itu, perubahan pekerjaan akibat AI, kegagalan bajet negeri, bantuan kredit besar, masalah sistem pencen, dan krisis perbankan serantau juga antara pencetus yang mungkin berlaku.
Bahkan bencana alam atau pengembangan besar faedah sosial turut boleh menjadi pemangkin cetakan wang besar.
Apabila ‘big print’ berlaku, Bitcoin dijangka menjadi pilihan ramai pelabur. Ia lebih mudah diakses berbanding hartanah atau private equity yang memerlukan proses jual beli lebih rumit.
Pelabur institusi dan individu dijangka berlumba-lumba menambah pegangan Bitcoin, mendorong harganya naik dengan pantas.
Walaupun begitu, Haar menegaskan bahawa Bitcoin mempunyai potensi jangka panjang yang luar biasa. Menurut ramalannya, nilai satu syiling Bitcoin berpotensi mencapai $1 juta antara 2030 hingga 2035, sama ada cetakan wang berlaku atau tidak.
Apa yang pasti, permintaan terhadap Bitcoin terus meningkat, dan ia semakin diterima oleh pelabur besar serta institusi.























































