Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Ethereum kini menghadapi tekanan jualan kerana harga sering ditolak pada paras rintangan dan momentum menurun menunjukkan penjual masih menguasai pasaran jangka pendek.
Ketika artikel ini ditulis, harga Ethereum kini berada di paras $2,085.13 iaitu positif 0.02% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Bekalan ETH yang boleh diperdagangkan kini semakin berkurang. Lebih 38 juta ETH telah dikunci melalui staking, mewakili lebih 31% daripada jumlah keseluruhan bekalan.
Ramai pelabur masih bersedia menunggu 50 hari untuk memasuki staking, sementara hampir tiada orang keluar dari sistem.
Pulangan staking sekitar 2.7% mungkin kecil, tetapi ia cukup untuk menunjukkan keyakinan pelabur terhadap masa depan rangkaian. Situasi ini mencipta ketidakseimbangan supply dan demand yang biasanya menjadi pemangkin pergerakan harga besar di pasaran kripto.
Sementara itu, tekanan jualan semasa sebahagiannya datang daripada hedge fund besar di Amerika Syarikat yang mengurangkan posisi long mereka. Aktiviti ini menambah tekanan jualan jangka pendek dan memberi kesan kepada sentimen pasaran.
Namun, dealer dan pengurus aset lain masih mengekalkan posisi neutral atau long, menunjukkan minat beli masih wujud.
Data menunjukkan posisi short jauh lebih tinggi daripada long, yang mencetuskan potensi short squeeze jika harga ETH naik hanya $100, satu peluang lonjakan harga yang mengejutkan.
Ethereum kini berada dalam fasa “disconnection” antara harga dan fundamental. Carta menunjukkan kelemahan, tetapi keyakinan rangkaian tetap kukuh.
Dengan bekalan yang semakin dikunci dan permintaan yang membina, pelabur yang sabar mungkin melihat peluang besar sekiranya sentimen pasaran mula berpihak kepada bullish























































