Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Naratif Bitcoin sebagai ‘emas digital’ kini semakin dipersoalkan apabila pergerakan harganya dilihat lebih menyerupai aset berisiko tinggi berbanding aset selamat, menurut laporan terbaharu oleh Grayscale.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin berada di paras $69,082 iaitu positif 0.03% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Kajian itu mendapati pergerakan harga Bitcoin dalam jangka pendek tidak lagi seiring dengan emas atau logam berharga lain, walaupun harga emas dan perak mencatatkan kenaikan ketara.
Sebaliknya, Bitcoin menunjukkan korelasi yang kuat dengan saham teknologi, khususnya sektor perisian, sejak awal 2024.
Tekanan jualan dalam sektor perisian didorong kebimbangan bahawa kecerdasan buatan (AI) boleh mengganggu atau menggantikan banyak perkhidmatan sedia ada turut memberi kesan langsung kepada Bitcoin.
Ini menunjukkan aset kripto itu kini lebih sensitif terhadap sentimen pasaran saham dan aset pertumbuhan.
Grayscale turut menjelaskan bahawa perubahan ini didorong oleh penyertaan pelabur institusi, kewujudan ETF Bitcoin serta integrasi yang semakin mendalam dengan sistem kewangan tradisional.
Akibatnya, Bitcoin kini diperdagangkan lebih seperti saham teknologi berbanding aset lindung nilai.
Walaupun Bitcoin telah jatuh kira-kira 50% daripada paras tertinggi melebihi $126,000 pada Oktober lalu, Grayscale menegaskan situasi ini bukan kegagalan, sebaliknya sebahagian daripada proses evolusi aset tersebut.
Dalam jangka panjang, Bitcoin masih dilihat berpotensi menjadi penyimpan nilai apabila ekonomi global semakin digital. Namun untuk jangka masa terdekat, pemulihan harga Bitcoin bergantung kepada kemasukan modal baharu, sama ada melalui ETF atau kembalinya minat pelabur runcit.



























































