Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Seorang komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memaklumkan bahawa mana-mana kapal yang cuba melalui Selat Hormuz akan diserang, menurut media kerajaan Iran.
Ebrahim Jabari, Penasihat Kanan Kepada Panglima Tertinggi IRGC menyatakan bahawa pengawal revolusi dan tentera laut akan membakar kapal-kapal yang melalui selat tersebut.
Iran menyifatkan penutupan selat itu sebagai langkah penting untuk menghentikan pengeluaran tenaga dunia, sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran.
Tindakan itu dianggap sebagai pembalasan terhadap kematian Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan pegawai kanan lain.
Menurut Jabari, Iran turut akan menyerang saluran paip minyak dan tidak akan membenarkan setitik minyak meninggalkan rantau ini, serta mendorong kenaikan harga minyak kepada $200 dalam beberapa hari akan datang.
Beliau juga menegaskan bahawa rakyat AS yang kini terbeban dengan hutang mencecah ribuan bilion dolar serta bergantung sepenuhnya kepada bekalan minyak dari rantau ini.
AS perlu menyedari bahawa tiada sebarang bekalan akan disalurkan kepada mereka.
Selat Hormuz yang terletak di antara Iran dan Oman merupakan salah satu laluan transit minyak paling kritikal di dunia dengan kira-kira 20% bekalan minyak global melaluinya.
Sebarang gangguan di sana akan menyebabkan harga minyak mentah melambung tinggi dan menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan harga serantau.






















































