Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Nvidia, syarikat gergasi kecerdasan buatan (AI) telah melancarkan platform cip terbaharunya semalam.
Langkah ini bertujuan untuk mengekalkan dominasi syarikat tersebut dalam perniagaan cip AI selepas berjaya menguasai kira-kira 80% dalam pasaran global.
Pengumuman itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang di Pameran Elektronik Pengguna Tahunan di Las Vegas.
Nvidia menyifatkan model baharu yang dinamakan sempena ahli astronomi Amerika, Vera Rubin sejak September tahun lalu sebagai satu perubahan besar berbanding generasi seni AI sebelumnya, Blackwell yang dilancarkan pada akhir tahun 2024.
Syarikat itu turut memberi jaminan bahawa Vera Rubin akan beroperasi lima kali lebih cekap daripada tawaran sebelumnya.
Hal ini merupakan satu keperluan kritikal memandangkan kos tenaga yang tinggi kini membebankan industri AI.
Bagaimanapun, pesaing seperti AMD dan Intel semakin agresif mengejar bahagian pasaran, manakala pelanggan utama Nvidia seperti Google, Amazon dan Microsoft mula membangunkan cip sendiri.
Sebagai contoh, Google telah melatih model AI terbarunya, Gemini 3 tanpa menggunakan sebarang teknologi Nvidia.
Situasi menjadi lebih rumit apabila sekatan eksport Amerika Syarikat (AS) terhadap teknologi Nvidia telah membuka ruang kepada China untuk mempercepatkan pembangunan alternatif domestik.
Perkembangan tersebut berisiko menggugat kedudukan Nvidia dalam tempoh jangka panjang, sekali gus melumpuhkan sektor teknologi China.
Nvidia merancang melancarkan produk berasaskan Vera Rubin melalui rakan kongsi pada separuh kedua 2026.
Dominasi Nvidia kini dilihat semakin terancam, bukan sahaja daripada pesaing terdekat tetapi juga melibatkan persaingan sengit daripada syarikat teknologi di seluruh dunia.




























































