Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Filipina kini menghadapi krisis kekurangan minyak kronik yang merupakan sumber tenaga penting untuk pengangkutan, industri dan kehidupan harian.
Rentetan krisis itu, orang ramai terpaksa berjalan kaki untuk pergi ke tempat kerja.
Terkini, sebuah video di Instagram tular merekodkan sekumpulan warga Filipina berjalan kaki secara beramai-ramai ke tempat kerja selepas kerajaan mengumumkan bekalan tenaga negara sudah di fasa darurat.

Situasi ini berisiko meningkatkan masa perjalanan dan tenaga fizikal yang diperlukan setiap hari.
Di sebalik realiti kesusahan yang dialami, sesetengah pengguna berpendapat berjalan kaki lebih jauh ke tempat kerja boleh meningkatkan kecergasan fizikal kerana aktiviti harian meningkat.
Bagaimanapun, manfaat kesihatan tersebut dapat terjejas disebabkan oleh keletihan, tekanan dan ketegangan fizikal, terutamanya dalam cuaca panas atau lembap.
Selain faktor kepenatan, krisis ini turut berisiko menjejaskan kehidupan seharian keluarga, kesihatan mental dan kualiti hidup secara menyeluruh.
Dalam pada itu, keadaan ini juga mengakibatkan kekurangan kenderaan di jalan raya, kos pengangkutan meningkat dan kesukaran mencari barangan asas.
Sebelum ini, Presiden Ferdinand Marcos Jr menegaskan bahawa beliau telah menandatangani perintah eksekutif bagi melindungi keselamatan tenaga negara.
Beliau menyatakan bahawa langkah tersebut akan memberi ruang kepada kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang demi memastikan kestabilan tenaga dan perlindungan ekonomi.
Masyarat moden kini sangat bergantung kepada sumber asas seperti minyak. Apabila sumber ini habis atau berkurangan, kehidupan seharian, ekonomi dan kesejahteraan sosial akan terjejas sepenuhnya.























































