Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Silver melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa ketika dunia berdepan ketegangan geopolitik dan pasaran kewangan bergolak, satu perkara menjadi jelas iaitu pelabur sedang memilih keselamatan berbanding risiko. Manakala Bitcoin terus merosot, mengejutkan ramai yang menganggapnya sebagai ‘emas digital’.
Pada pukul 9:10 pagi ini, Bitcoin membuka harga pada $88, 877 dan naik pada paras 0.11% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Silver pula kini didagangkan melepasi $95, mencatat kenaikan lebih 200% dalam tempoh setahun.
Logam berharga ini kembali menjadi tumpuan kerana statusnya sebagai aset fizikal, bernilai sebenar dan digunakan secara meluas dalam industri seperti teknologi dan tenaga solar.
Dalam situasi tidak menentu, pelabur melihat silver sebagai tempat perlindungan nilai yang lebih stabil.
Sebaliknya, Bitcoin jatuh ke bawah $90,000, dengan prestasi tahunan kini berada dalam zon negatif. Apa yang lebih membimbangkan, Bitcoin dilihat bergerak seiring dengan pasaran saham, khususnya saham teknologi.
Apabila pasaran jatuh, Bitcoin turut menjunam bertentangan dengan imejnya sebagai aset selamat.
Tekanan jualan turut diperburuk oleh dagangan leverage, apabila kejatuhan harga mencetuskan gelombang liquidation bernilai berbilion dolar.
Ini membuktikan bahawa Bitcoin masih sangat sensitif kepada ketakutan pasaran dan sentimen risiko.
Kesimpulannya, silver muncul sebagai pemenang dalam fasa ketidaktentuan global, manakala Bitcoin masih berperang dengan identitinya sendiri.
Buat masa ini, pelabur nampaknya lebih mempercayai logam lama berbanding aset digital baharu.


















































