Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, menjelang pilihan raya mengejut yang akan berlangsung Ahad ini.
Dalam hantaran di Truth Social, Trump memuji Takaichi sebagai pemimpin yang kuat, bijak dan benar-benar mencintai negaranya.
Sokongan terbuka sebegini jarang dibuat oleh presiden AS terhadap pemimpin asing, namun Trump pernah melakukannya sebelum ini.
Sokongan tersebut hadir ketika Jepun berusaha menstabilkan hubungannya dengan Washington selepas ketegangan berhubung ancaman tarif import.
Pada Julai lalu, kedua-dua negara mencapai perjanjian apabila Jepun bersetuju melabur $550 bilion di Amerika Syarikat, sekali gus mendorong AS menurunkan tarif kepada 15%.
Takaichi yang memegang jawatan Perdana Menteri sejak Oktober lalu memanggil pilihan raya bagi mendapatkan mandat rakyat.
Tidak lama selepas itu, beliau menyambut lawatan Trump dengan penuh istiadat rasmi, dan kedua-dua pemimpin menandatangani perjanjian berkaitan bahan nadir bumi serta mengisytiharkan era baharu hubungan AS-Jepun.
Pengumuman sokongan Trump ini dibuat ketika ketegangan serantau meningkat, khususnya melibatkan isu Taiwan.
Hubungan Jepun dan China kini berada pada tahap paling rendah dalam lebih sedekad, dengan Takaichi sebelum ini mencetuskan kemarahan Beijing apabila menyatakan Jepun mungkin bertindak mempertahankan diri sekiranya China menyerang Taiwan.



























































