Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mencatatkan penurunan pada sesi dagangan Khamis ketika pelabur terus memantau perkembangan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.
Kejatuhan itu berlaku susulan ketidakpastian yang semakin meningkat mengenai usaha AS-Iran untuk menamatkan konflik di rantau berkenaan.
Bagaimanapun, White House menegaskan bahawa rundingan sedang dijalankan apabila pentadbiran Presiden Donald Trump dilaporkan telah menghantar cadangan 15 perkara kepada Iran.
Washington menyampaikan cadangan tersebut melalui Pakistan kepada Tehran sebagai dorongan untuk menamatkan konflik yang berlanjutan selama 4 minggu.
Pihak berkuasa tertinggi Iran sedang menyemak semula rancangan AS tetapi memberi isyarat bahawa mereka tidak berhasrat untuk memulakan rundingan dengan Washington.
Tehran juga dilaporkan akan menolak tawaran gencatan senjata daripada AS dan mengemukakan cadangan 5 perkara yang merangkumi tuntutan hak kedaulatan sepenuhnya ke atas Selat Hormuz.
Dari segi prestasi indeks utama, Dow Jones meningkat 0.66%, S&P 500 melonjak 0.54%, manakala Nasdaq Composite pula mengukuh 0.77%.
Tumpuan pelabur kini terarah kepada data tuntutan pengangguran minggu terkini yang dijangka dikeluarkan pada Khamis bagi mendapatkan isyarat baharu mengenai keadaan pasaran buruh.






















































