Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Harga XRP mencatatkan kenaikan ketara hari ini seiring dengan sentimen positif dalam pasaran kripto global. Kenaikan ini didorong oleh gabungan faktor perundangan dan ekonomi yang meningkatkan keyakinan pelabur terhadap aset digital.
Pada pukul 10 pagi, harga XRP dibuka pada $2.1736 dan menurun sedikit kepada 0.03% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Pengerusi Jawatankuasa Perbankan Senat AS, Tim Scott telah memperkenalkan satu draf baru iaitu Clarity Act. Ianya merupakan undang-undang bertujuan menyediakan peraturan yang lebih jelas dan mesra kripto.
Berita gembira untuk pelabur XRP ialah cadangan untuk mengklasifikasikan XRP setaraf dengan Bitcoin dan Ethereum, sekali gus mengurangkan kebimbangan terhadap isu peraturan yang telah lama membayangi token ini.
Selain itu, data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan memberi isyarat tekanan harga semakin reda, sekali gus meningkatkan harapan bahawa Federal Reserve akan menurunkan kadar faedah beberapa kali tahun ini.
Kadar faedah yang lebih rendah lazimnya memberi kesan positif kepada aset berisiko seperti kripto kerana ia menggalakkan aliran modal ke pasaran.
Dengan gabungan harapan terhadap peraturan yang lebih jelas dan dasar monetari yang lebih longgar, XRP serta pasaran kripto secara keseluruhan menerima lonjakan momentum positif.
























































