3 Altcoin Ini Sedia ‘Breakout’ Pada Februari 2024! – Michael Van De Poppe

1,620

“Hmm agak-agak ramalan penganalisis kripto popular ini akan menjadi atau tidak?”

Michael Van de Poppe, penganalisis mata wang kripto terkemuka berkongsi pandangannya berhubung masa depan altcoin pada Februari 2024 setelah kelulusan spot Bitcoin (BTC) ETF berjaya mendorong harga BTC dan beberapa aset digital mendaki sedikit.

Dalam akaun X miliknya, Poppe yang mendedahkan altcoin utama untuk dibeli atau dijual pada tahun 2024 telah berkongsi carta menggambarkan pergerakan harga dan corrections Solana (SOL), Polygon (MATIC) dan Chainlink (LINK).

Menerusi pemerhatian penganalisis itu, harga SOL mampu merudum sehingga $80 terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan ke paras tertinggi baharu pada $140 sementara pergerakan MATIC pula diramal bullish pada $1.25 atau $1.50 sungguhpun prestasinya agak kurang baik sejak kebelakangan ini.

Poppe turut menjangkakan kenaikan ketara untuk LINK di mana beliau berpandangan aset digital itu secara konsisten telah memegang paras terpenting dan ini membawa makna harganya mampu mencapai $25.

Umum mengetahui Poppe juga menyenaraikan altcoin yang telah bergelut untuk mencanak, antaranya adalah pertumbuhan perlahan Ethereum (ETH) yang memberi kesan buruk pada banyak altcoin termasuk Synthetix (SNX).

Meskipun begitu, terdapat Arbitrum (ARB) dan Polkadot (DOT) yang diramalkan Poppe akan mengalami kenaikan harga ketara pada masa hadapan, di mana DOT boleh melepasi $15 biarpun harga semasa dagangannya pada $7.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat