3 Big Tech Ini Gagal Mengujakan Pelabur Angkara Prestasi Suram Pada Q4!

260

Selepas Meta, 3 ‘Big Tech’ utama turut mengeluarkan laporan pendapatan untuk suku keempat 2022 pada hari Khamis.

Pun begitu, laporan yang disiarkan oleh ketiga-tiga syarikat teknologi gergasi ini tidak seperti yang diramalkan dan menyebabkan saham jatuh pada sesi New York.

Apple

  • Pendapatan jualan Apple jatuh 5% pada suku Oktober-Disember 2022 kepada $117.2 bilion, penurunan pertama sejak 2019.
  • 3 faktor utama sebabkan kejatuhan ini: dolar yang kukuh, isu pengeluaran di China yang jejaskan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Mac, dan persekitaran ekonomi keseluruhan.
  • Saham Apple jatuh 4% susulan laporan itu.

Amazon

  • Pendapatan meningkat 9% kepada $149.2 bilion tahun ke tahun.
  • Tapi, jualan untuk suku semasa dijangka lebih rendah antara $121 bilion dan $126 bilion disebabkan permintaan yang lebih rendah.
  • Keuntungan operasi boleh jatuh kepada sifar pada suku semasa kerana penjimatan dalam pemberhentian tidak mampu menampung kekurangan permintaan.
  • Saham Amazon jatuh hampir 4%.

Alphabet (GOOGLE)

  • Pendapatan hanya meningkat 1% pada suku keempat, sebanyak $76.05 bilion.
  • Hasil pengiklanan YouTube jatuh 8% kepada $7.96 bilion daripada $8.63 bilion tahun sebelumnya.
  • Hasil “Carian dan Lain-lain Google” mencecah $42.60 bilion, turun 2% daripada tahun sebelumnya.
  • Saham turun hampir 4%.

Dapatan daripada ketiga-tiga laporan ini menunjukkan syarikat gergasi teknologi itu terus bergelut dengan pertumbuhan yang perlahan dan ketidaktentuan ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat