Meta Gegar Wall Street Dengan Laporan Pendapatan Suku Ke-4!

333

Saham Meta (Facebook) melonjak tinggi selepas syarikat itu melaporkan pendapatan suku keempat yang lebih baik daripada jangkaan pada suku keempat 2022.

Berikut merupakan butiran mengenai laporan yang dikeluarkan: 

  • Hasil: Catat kejatuhan tahunan 4%, tetapi naik $32.17 bilion berbanding jangkaan $31.53 bilion. 
  • Pendapatan bersih:  Jatuh 55% kepada $4.65 bilion.
  • Pendapatan sesaham: $1.76 sesaham.
  • Hasil keseluruhan 2022: Catat kejatuhan tahunan 1%, dengan naik $116.61 bilion.
  • Pendapatan bersih 2022: Rekod penurunan tahunan 41% kepada $23.2 bilion.

Meta berkata ia menjangkakan pendapatan pada suku pertama antara $26 bilion dan $28.5 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg menyambut baik keputusan ini dan menyatakan kegembiraan beliau terhadap penglibatan kukuh yang berterusan dalam aplikasinya.

Syarikat itu dilaporkan telah menambah pekerjaan sehingga 20% kepada 86,482 orang setakat 31 Disember 2022. 

Jumlah itu termasuk sebahagian besar daripada lebih 11,000 pekerja yang dikatakan akan diberhentikan pada November lalu.

Selain itu, Meta turut mengumumkan peningkatan $40 bilion dalam pembelian balik saham dalam pengumuman laporan terbarunya.

Saham Meta meroket sekitar 20% dalam dagangan lanjutan, selain turut mendapat sokongan daripada keputusan dasar Federal Reserve (Fed).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat