3 Kripto Ini Jana 2,500% Dalam 60 Hari Sahaja!

658

“Nak tengok-tengok boleh tapi pelabur jangan FOMO pula ye.”

Sejak bermulanya tahun 2023, pasaran mata wang kripto melihat pemulihan sedikit demi sedikit apabila jumlah modal pasaran melepasi $1.1 trilion pada pertengahan bulan Februari. Berikut adalah top 3 aset digital sepanjang 60 hari lalu.

SingularityNET (AGIX)

AGIX yang merupakan pembekal perkhidmatan dikuasakan blockchain berasaskan Cardano (ADA) untuk produk Artificial Intelligence (AI) meningkat hampir 1,040% dalam tempoh 60 hari lalu dan 13.69% dalam tempoh 24 jam terakhir, di mana kini berada pada paras $0.52.

Pada bulan Februari sahaja, AGIX yang dilancarkan sejak 2018 telah raih 188% susulan ia adalah aset digital berasaskan AI yang memanfaatkan populariti ChatGPT.

Conflux (CFX)

CFX adalah blockchain layer-1 dan platform decentralized mematuhi peraturan di China yang berpotensi berkembang hingga ke Asia.

Harga CFX canak sebanyak 1,000% menembusi $0.36 sejak 26 Januari, namun mula susut sedikit pada hari terakhir Februari apabila setakat ini berada pada paras $0.22 dengan modal pasaran bernilai $576 juta.

Floki (FLOKI)

FLOKI yang dinamakan sempena anjing Shiba Inu (SHIB) milik Elon Musk telah membina ekosistem produk kewangan decentralized (DeFi), metaverse termasuk non-fungible token (NFT).

Sejak awal tahun, FLOKI menggunung sebanyak 505% dengan keuntungan 103% untuk bulan Februari sahaja, di mana memecoin ketiga terbesar mengikut modal pasaran tersebut kini didagangkan pada zon $0.00004518.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat