3 Sebab Dominasi USD Tidak Akan Hilang

2,786

Dominasi dolar Amerika Syarikat sebagai mata wang rizab dunia tidak akan berakhir dalam masa terdekat, menurut nota penyelidikan pelaburan Carson Group.

Laporan mengenai yuan China berjaya mengalahkan USD sebagai mata wang paling banyak didagangkan di Rusia telah mencetuskan spekulasi bahawa raja mata wang akan hilang kuasanya.

Ini dikuatkan lagi dengan perjanjian baru-baru ini antara China dan Rusia, serta ketegangan yang meningkat antara kedua-dua negara tersebut dengan AS.

Namun, ahli strategi Carson Group, Sonu Varghese berkata tiada risiko bahawa peranan dolar AS dalam ekonomi global akan berakhir.

Ini 3 sebab mengapa dolar AS akan kekal berdaya tahan walaupun terdapat ancaman berterusan daripada mata wang global.

Dunia mempunyai keyakinan terhadap AS dan USD

  • AS mempunyai pasaran kewangan paling cair di dunia berikutan saiz dan kekuatan ekonominya serta perdagangan terbuka yang diamalkan dan aliran modal yang besar.
  • Walaupun AS menyumbang hanya kira-kira 25% daripada ekonomi dunia, tetapi sekitar 60% daripada rizab mata wang asing global didenominasikan dalam USD.
  • Ini jauh lebih besar daripada euro (21%), yen (6%) dan pound (5%).

Dolar AS dominan dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa

  • USD adalah medium pertukaran paling popular di dunia dalam sektor perdagangan.
  • Di luar Eropah, di mana euro secara semula jadi dominan, lebih daripada 70 eksport diinvois dalam dolar AS.
  • Ia tidak mungkin berubah dalam masa terdekat sebab banyak negara dan syarikat yang terlibat.

AS sanggup mengekalkan defisit perdagangan yang besar

  • Import Amerika berjumlah $3.3 trilion dan eksport pula $2.1 trilion pada 2022.
  • Ini menunjukkan defisit perdagangan yang besar ditanggung oleh AS.
  • Tetapi AS mengekalkannya bagi memberi peluang kepada orang luar yang memegang US dolar untuk meletakkannya di tempat lain.
  • Misalnya, orang luar akan mencari peluang untuk membeli aset paling selamat dan paling cair di dunia seperti bon Amerika Syarikat.

Model ekonomi global mungkin mengambil masa untuk berubah, dan ia tidak akan terjadi dalam waktu terdekat. Oleh itu, dominasi USD dilihat tidak akan tergugat disebabkan faktor-faktor semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat