(4.00 am) US Dolar lemah kemudian melonjak semula

37

US dolar lemah secara mendadak pukul 2 pagi tadi yang disebabkan oleh risiko reformasi cukai Trump. Terdapat laporan bahawa 3 ahli Republikan tidak menyokong reformasi cukai tersebut. Hal ini sememangnya negatif kepada USD.

Namun, USD mengukuh semula pada pukul 3 pagi tadi apabila terdapat laporan bahawa John Taylor berpotensi menggantikan Janet Yellen. Sememangnya Taylor adalah seorang yang hawkish tidak menghairankan USD melonjak selepas berita ini tersebar. Setakat pukul 4 pagi, USD masih kukuh selepas lonjakan tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat