4 Perkara Yang Menjadi Tumpuan Pasaran Bermula Sesi Eropah Hari Ini!

268

Memasuki sesi Eropah, berikut merupakan beberapa perkara utama yang menjadi tumpuan pasaran hari ini.

1. Data Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar UK
Sesi pasaran Eropah hari ini bakal disajikan dengan penerbitan bacaan awal pertumbuhan ekonomi UK yang dijangka menjadi petunjuk kepada penetapan dasar monetari oleh Bank of England (BoE).

Bacaan awal pertumbuhan KDNK UK bagi suku keempat 2019 dijangka berada pada paras 0.0%, selepas mencatat kenaikan 0.4% sebelumnya.

2. Ucapan Presiden ECB, Christine Lagarde
Presiden Lagarde akan menyampaikan ucapan pembukaan pada penyampaian laporan tahunan ECB di Parlimen Eropah. Beliau juga akan bertemu dengan penggubal dasar lain dan mungkin memberikan beberapa petunjuk mengenai penilaian semasa ECB terhadap ekonomi Eropah.

ECB kini sedang menjalankan kajian strategiknya, di mana menurut Lagarde ia dijangka akan selesai pada bulan Julai.

3. Keterangan Pengerusi Federal Reserve A.S, Jerome Powell
Jerome Powell akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Dewan Perkhidmatan Kewangan dalam Laporan Dasar Monetari Fed yang dikemukakan dua kali setahun kepada Kongres.

Beliau dijangka akan mengulangi pandangan bank pusat terhadap kadar faedah semasa yang telah menyokong ekonomi Amerika Syarikat.

4. Ucapan Gabenor BoE, Mark Carney
Carney akan menyampaikan keterangannya kepada sebuah jawatankuasa di House of lords UK, dan dijangka turut memberi pandangannya mengenai data pertumbuhan ekonomi UK yang dikeluarkan sebelum itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat