5 Filem Terbaik Untuk Motivasi Hidup. No 4 Akan Buat Anda Kenang Keperitan Hidup Hanyalah Sementara

1,162

Masih ingat apa yang Jack Ma katakan dalam artikel ini? Jack Ma menegaskan bahawa nilai seseorang itu dililhat apabila dia punch out daripada kerja.

Tetapi keinginan nak tengok filem tu sangat membuak-buak apabila hujung minggu menjelma.

Yelah, dah kerja seminggu 40 jam, balik kerja tengok chart, luangkan masa bersama keluarga, nak juga lepaskan tekanan kan dan antara cara lepaskan tekanan adalah menonton filem.

Tapi rasa macam buang masa apabila tonton filem yang merepek merapu, dilema kan?

Jadi kami senaraikan 5 filem motivasi khas untuk pembaca menyedut aura positif sambil berhibur.

5 filem yang disenaraikan ini adalah hasil google search dan juga recommendation daripada penulis yang boleh meningkatkan motivasi untuk kehidupan, bisnes dan juga untuk trading.

#1 The Shawshank Redemption (1994)

1 kata-kata oleh Andy Dufresne yang bermain di kotak fikiran apabila menonton filem ini adalah “Get busy living or get busy dying” yang memberi maksud mendalam mengenai hidup kita yang sibuk berlari dalam rat race sekarang.

Filem ini mengisahkan mengenai Andy yang dipenjarakan atas jenayah yang tidak dilakukan dan semasa dalam penjara berkawan dengan Red.

Andy dan Red mengajar erti hidup bebas sangat memberi aura yang sangat hebat kepada penonton. Percayalah, hidup bebas ini nikmatnya sangat manis!

#2 Jobs (2013)

Sebut saja IPhone kita akan teringatkan syarikat Apple terutama pengasasnya iaitu Steve Jobs.

Steve Jobs apabila berucap sentiasa menekankan betapa pentingnya minat terhadap sesuatu jika ingin melakukannya.

Filem ini sangat memberi motivasi apabila kita tahu bagaimana perjalanan Steve Jobs, pengasas Apple dibuang daripada syarikatnya sendiri dan kembali untuk menyelamatkannya!

#3 Slumdog Millionaire (2008)

Filem yang berlatar belakangkan kehidupan payah jerih rakyat di India ini betul-betul boleh menyentuh hati.

Intipati filem ini adalah kepentingan pengalaman hidup mengajar 1001 pengertian dan sama sekali boleh membawa seseorang lebih jauh.

Jika anda pernah kena scam, pernah mengalami kerugian teruk, pernah kecewa dengan hidup maka filem ini boleh menjadi pil motivasi terbaik untuk anda.

Percayalah, selepas hujan adanya matahari yang menyinar dan bumi yang gersang akan disuburi dengan hujan.

#4 42 (2013)

Isu perkauman di Amerika Syarikat pada 19-an sangat teruk dan masih lagi berlaku sehingga hari ini.

Namun itu sama sekali tidak mematahkan semangat seorang lagenda pemain bola lisut berkulit hitam untuk menunjukkan semangat yang jitu dan kesungguhan tidak kenal warna kulit.

#5 Rocky Balboa

Terdapat 7 siri filem Rocky, seorang peninju yang tidak kenal erti mengalah namun siri keenam Rocky iaitu Rocky Balboa paling diminati oleh editor.

Dalam filem ini ada kata-kata Rocky yang sangat berkuasa, bunyinya lebih kurang begini, “Hidup ni akan bantai kau sampai kau terduduk, sampai kau penat tak terbangun tapi apa yang penting adalah sekuat mana kau boleh dibantai dan mampu bangun kembali!”.

Siri terakhir Rocky adalah Creed yang menonjolkan mengenai seorang peninju muda yang mahu mencipa legasinya sendiri tanpa legasi ayahnya.

Kesimpulan

Jadi ada 5 buah filem yang sudah disenaraikan, tontonlah pada hujung minggu ini untuk dapatkan semangat untuk berjaya yang tinggi.

Memetik kata-kata seorang penulis puisi, “Buat dengan bersungguh-sungguh atau jangan mulakan langsung”.  Maksudnya, apabila memulakan sesuatu usaha, buatlah sehingga berjaya.

Tontonlah video yang sangat powerful di bawah dengan subtitle, kenang susah payah yang dihadapi dan janjilah dengan diri sendiri yang anda akan buat yang terbaik dalam tiap apa usaha pun. Kami di tim Moshed.com ucapkan semoga berjaya dalam tiap apa perkara.

Sebelum ini kami pernah kongsikan senarai filem yang sesuai buat para trader di sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat