5 Negara Akan Terima Bitcoin (BTC) Sebagai Tender Sah, Sama Seperti El Salvador

2,968

CEO bursa matawang kripto, Bitmex meramalkan 2022 akan menjadi tahun yang tertinggi mencatatkan penerapan Bitcoin (BTC) ke dalam ekonomi beberapa buah negara.

Menurut Alex Hoeptner, sekurang-kurangnya lima buah negara membangun akan menerima Bitcoin sebagai tendeh sah pada tahun hadapan.

Berikut adalah faktor kepada ramalannya:

  • Pengiriman wang / pemindahan wang
    • Rekod mendedahkan pengiriman wang menyumbang 23% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) El Salvador pada 2020.
    • Data daripada Bank Dunia pada 2020:
      • Negara berpendapatan rendah dan pertengahan menerima kira-kira 75% daripada pengiriman wang seluruh dunia.
      • $540 dalam pengiriman wang dikirim ke negara berpendapatan rendah dan pertengahan.
    • Sistem pengiriman wang yang diterajui Western Union menelan caj perkhidmatan sebanyak 10% dan penggunaan blockchain merupakan solusi dengan caj yang jauh lebih rendah.
  • Inflasi
    • International Monetary Fund (IMF) meramalkan inflasi bagi negara-negara maju dan membangun pada 2021 berada di paras 4% dan 5.4%.
    • Krisis inflasi mendorong alternatif kripto
      • Turki: Inflasi meningkat lebih 15% pada tahun ini dan turut mencatatkan peningkatan dalam penerapan matawang kripto. Selepas Turki menyekat penggunaan kripto bagi barangan dan perkhidmatan, inflasi mendadak naik kepada 19.25%.
    • Politik
      • Pada masa akan datang, ketika El Salvador masih bergelut dengan kesukaran penerimaan Bitcoin di seluruh negara, ahli politik akan mula berfikir secara logik dan akan mula menyokong tindakan Nayib Bukele.
      • “Apa yang El Salvador lakukan pada hari ini sebenarnya memudahkan negara lain untuk pertimbangkan Bitcoin.” – Hoeptner.
      • Bagaimanapun perlu diingatkan, jika pemimpin-pemimpin ini gagal dalam pelancaran ini, mungkin semakin sukar penerapan matawang kripto.

Ketika penulisan Bitcoin mencatatkan nilai $56,772 dengan peningkatan lebih 2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat