5 Perbezaan Dasar Bitcoin, Litecoin Dan Ripple – Ripple Mencatat Transaksi Tertinggi Pada Awal Tahun Baru.

491

Pada tahun 2017, harga bitcoin telah naik 1400% atau 14x ganda daripada harga pembukaan awal tahun 2017 iaitu Januari 1. Namun dalam masa yang sama terdapat beberapa matawang kripto yang sering terlepas pandang dalam kalangan pelabur iaitu Ripple dan Litecoin. Matawang kripto ini kurang popular pada awal tahun lepas, ia mula dapat tempat dalam kalangan pada akhir tahun 2017.

Ripple (XRP) pada Januari 2017 hanya bernuilai $0.006 dan selepas setahun harganya mencecah $2.00. Jika anda membeli Ripple dengan modal RM2000 pada Januari 2017, sekarang atau hari ini pada 2/1/2018 anda telah pun membuat keuntungan sebanyak RM181,000. Ripple telah naik berkali ganda lebih daripada kenaikan bitcoin.

Litecoin (LTC) pula pada Januari 2017, dibuka pada harga $4.30 bagi satu litecoin. Kini harga litecoin berada pada paras $252.57 setakat hari ini. Jika dengan modal RM2000, kini anda telah mendapat keuntungan melebi RM120,000.

Walaupun 3 matawang kripto ini melonjak naik, namun terdapat beberapa perbezaan ketara. Proses transaksi Bitcoin memakan masa hampir 10 minit bagi setiap block manakala ripple hanya mengambil masa 3 saat sahaja. Litecoin pula memakan masa 2.5 minit.

Bitcoin bermula pada tahun 2008 iaitu pada bulan Oktober. Manakala kebanyakan matawang bermula pada tahun 2015 seperti Ethereum pada Julai 2015, Ripple pada tahun 2012. Litecoin juga beberapa tahun selepas penciptaan bitcoin iaitu pada 2011.

Objektif penciptaan Ripple adalah sebagai medium transaksi antara perbankan. Manakala bitcoin adalah matawang kripto dan sebagai pertukaran melalui teknologi blockchain. Objektif litecoin ialah untuk memperbaharui sistem bitcoin.

Selain itu, matawang kripto seperti Ripple dan Litecoin lebih mampu dimiliki berbanding bitcoin. Dengan 1 bitcoin anda mampu memiliki 5,695 ripple dan 56.7 litecoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat