5 Tips Waktu Sesuai Membeli Saham

1,388

Bagi para pelabur, memilih stok untuk dibeli boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat. Aktiviti itu juga boleh mendatangkan keuntungan lumayan tetapi dengan syarat anda membeli saham yang harganya meningkat.

Tetapi bilakah masa yang sesuai untuk anda membeli saham? Dalam artikel kali ini, team INTRADAY akan berkongsikan 5 tips bagi membantu anda mengenalpasti waktu sesuai untuk membeli saham supaya anda berpeluang menjana wang daripada saham-saham berkenaan.

1. Beli Ketika Saham Dijual Murah

Apabila membeli-belah, para pengguna sering menantikan promosi. Waktu perayaan merupakan contoh utama harga barangan yang rendah akan memacu permintaan sesuatu produk.

Bagaimanapun, untuk sesetengah faktor, pelabur tidak selalunya seronok ketika saham dijual murah. Dalam pasaran saham, pelabur cenderung untuk membeli saham ketika harganya sedang murah.

Tempoh selepas pasaran ‘crash’ atau mengalami pembetulan merupakan waktu terbaik bagi pelabur untuk membeli saham pada harga murah.

Selain itu, meneliti laporan penganalisis juga merupakan titik permulaan yang baik. Kebanyakan laman web kewangan mengeluarkan sasaran harga konsensus yang diunjurkan oleh para penganalisis. Tanpa julat harga sasaran, para pelabur bakal berdepan kesukaran bilakah waktu sesuai untuk membeli saham.

2. Apabila Saham Dinilai Rendah

Terdapat banyak maklumat yang diperlukan untuk menetapkan julat harga sasaran seperti jika saham itu sedang dinilai rendah. Salah satu cara untuk menentukan tahap penilaian adalah dengan menganggarkan prospek pertumbuhan dan keuntungan masa depan sesebuah syarikat.

Teknik penilaian utama adalah analisis aliran tunai terdiskaun (DCF). Teknik itu mengambil kira unjuran aliran tunai syarikat pada masa depan dan kemudian didiskaunkan semula terhadap aliran tunai semasa dengan menggunakan faktor risiko yang munasabah.

Jumlah aliran tunai masa depan yang telah didiskaunkan adalah harga sasaran teoretikal. Secara logiknya, jika harga saham semasa lebih rendah daripada nilai berkenaan, anda perlu membelinya.

Teknik lain termasuklah meneliti pertumbuhan dan membandingkan harga kepada pendapatan (P/E) dengan pesaing.

3. Apabila Anda Telah Melakukan Analisa Tersendiri

Bergantung kepada harga sasaran penganalisis atau nasihat buletin kewangan adalah titik permulaan yang baik tetapi pelabur yang hebat melakukan analisanya sendiri.

Analisanya itu termasuklah membaca laporan tahunan syarikat, membaca siaran berita terbaharu dan melihat beberapa pembentangan terbaharu kepada para pelabur atau pameran perdagangan industri.

Kesemua data ini boleh diakses di laman web korporat sesebuah syarikat.

4. Apabila Bersabar ‘Hold’ Saham

Setelah anda selesai melakukan analisa, mengenalpasti sasaran harga saham dengan tepat dan jika saham itu dinilai rendah, jangan mengharapkan harganya itu akan naik dengan segera. Bersabar itu penting.

Sesuatu saham itu memerlukan masa untuk diniagakan pada nilai sebenar. Penganalisis yang mengunjurkan harga saham pada bulan berikutnya atau suku seterusnya, hanya memberi ramalan bahawa nilai sesuatu saham akan meningkat dengan cepat.

Adalah wajar mempertimbangkan untuk memegang saham selama tiga hingga lima tahun terutamanya jika anda yakin kemampuannya untuk berkembang.

5. Faktor Paling Penting Adalah…

Penganalisis terkemuka, Peter Lynch mengesyorkan agar pelabur membeli saham yang mereka tahu seperti kedai kegemaran mereka di pusat membeli-belah tempatan.

Anda boleh mengenali tentang sesebuah syarikat menerusi Internet atau bercakap dengan para pelabur lain.

Digabungkan dengan kesemua tips di atas, gunakan akal fikiran anda dalam memilih waktu sesuai untuk membeli saham, boleh memberikan hasil yang paling menguntungkan. Untuk masuk ke dalam dunia pelaburan atau dagangan saham, anda juga memerlukan broker.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat