6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (13-17 Mei 2024)

578

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (14 Mei 2024)

Data Pekerjaan UK (2.00 Petang) – Selepas mesyuarat bank pusat England telah berlalu minggu lepas, pelabur akan meneliti pula laporan pekerjaan di UK untuk menilai tahap kesihatan ekonomi semasa. Laporan ini juga boleh memberi petunjuk kepada bank pusat untuk menentukan hala tuju dasar monetari.

Data Inflasi Pengeluar AS (8.30 Malam) – Bakal menjadi petunjuk awal kepada Fed, bacaan indeks harga pengeluar (PPI) di Amerika akan diperhatikan. Ramalan adalah tidak berlaku perubahan besar angka untuk April berbanding bulan sebelumnya.

RABU (15 Mei 2024)

Data Inflasi Pengguna AS (8.30 Malam) – Sebagai indikator penting buat Fed untuk menentukan hala tuju dasar monetari mereka, indeks harga pengguna akan mempengaruhi keputusan sama ada dasar perlu diketatkan atau Fed bakal bersedia untuk langkah pemotongan kadar faedah. Impak besar pergerakan bagi mata wang US dolar akan dijangkakan berlaku.

KHAMIS (16 Mei 2024)

Data Pekerjaan Australia (9.30 Pagi) – Selepas pelabur menilai nada yang berhati-hati oleh bank pusat ketika mesyuarat minggu lalu, laporan pekerjaan Australia akan menjadi petunjuk yang terbaru. Pertambahan pekerjaan pada April diramal positif, namun kadar pengangguran dijangka berisiko untuk meningkat.

Data Tuntutan Faedah Pengangguran AS (8.30 Malam) – Pasaran akan meneliti bacaan terbaru data ini selepas pada minggu lepas mencatatkan peningkatan ke paras tertinggi sejak Ogos tahun lalu.

JUMAAT (17 Mei 2024)

Data Pengeluaran Industri China (10.00 Pagi) – Di penghujung minggu, data ekonomi China akan diberikan tumpuan seperti pengeluaran industri, data jualan runcit dan kadar pengangguran yang akan diterbitkan bersama. Bacaan yang merosot akan memberi bayangan ekonomi global yang berisiko kepada pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat