6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (17-21 April 2023)

661

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Bakal menjadi petunjuk baru oleh bank pusat England (BOE) dalam penetapan dasar monetari terbaru, laporan data pekerjaan untuk bulan Mac akan diteliti. Bacaan yang suram akan memberi tekanan pergerakan mata wang Pound dalam pasaran.

Data Inflasi Kanada (Selasa 8.30 Malam): Bank pusat Kanada (BOC) kali kedua mengekalkan kadar faedah tidak berubah yang dilihat telah mula menghentikan pengetatan dasar pada tahun ini. Bacaan inflasi Kanada yang terbaru akan dinilai sama ada boleh mengubah pendirian bank pusat menuju mesyuarat polisi seterusnya.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Selain sektor buruh, lebih menjadi tumpuan utama bagi BOE adalah terbitan data indeks harga pengguna UK minggu ini. Cabaran terbesar bank pusat adalah untuk menurunkan kadar inflasi yang masih berada di tahap yang membimbangkan.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Jumaat 4.00 Petang): Jika bacaan pertumbuhan sektor penting di Eropah ini masih kekal di bawah paras 50.0 mata, tekanan akan meningkat bagi dagangan mata wang Euro di penghujung minggu.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Jumaat 4.30 Petang): Bacaan bagi sektor pembuatan di UK diramalkan sedikit meningkat, namun masih di bawah paras stabil 50.0 mata. Sementara bacaan sektor perkhidmatan dijangka kekal seperti bacaan bulan sebelumnya.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Jumaat 9.45 Malam): Jika diteliti, bacaan kedua-dua sektor ini adalah baik pada bulan Mac lalu, namun adakah mampu mencatatkan angka yang memuaskan juga pada April? Angka yang lebih suram boleh memberi kesan negatif kepada US dolar pada penutup dagangan minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat